Friday, June 5, 2009

RPH pemulihan dan pengayaan

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4 Epsilon
Tarikh : 23 April 2008
Masa : 60 minit
Bilangan murid : 20 orang
Tajuk : Kesenian dan kebudayaan
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid akan dapat:

i. Melafazkan pantun dengan intonasi dan sebutan yang betul.
ii. Mengenal pasti isi penting dan menyusun isi penting berdasarkan
bahan rangsangan
iii. Menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam pantun .
Fokus Utama :

6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
Aras : 2 (i) Mengimbas maklumat yang sesuai daripada teks untuk menyokong fakta.

Fokus Sampingan :

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras : 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya
penyampaian yang betul.

Kemahiran bahasa : Mendengar dan bertutur , membaca dan menulis
Tatabahasa : Kata adjektif , ayat tunggal dan ayat majmuk
Kosa kata : Merayau , tarian , nyanyian , mengiringi dan gugur .
Ilmu : Kajian Tempatan.
Nilai Murni : Kerajinan, patriotisme dan semangat bekerjasama.
Kemahiran berfikir : Menganalisis
Kecerdasan pelbagai : Verbal – linguistik dan intrapersonal
Kajian masa depan : Menjangka akibat
ICT : Tutorial
Strategi : Kontekstual , direktif dan metakognatif
Pengetahuan Sedia ada : membina ayat.
: mengetahui serba sedikit mengenai budaya yang ada
di Malaysia.
Bahan Bantu Mengajar : Hampran grafik Pantun
: Komputer riba
: LCD
: Pengurusan grafik
: Lampiran kerja


Aktiviti :

Markah/masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi :

5 minit

1. Apakah kesenian
yang popular di
Malaysia?

2. Siapa yang pernah
melihat persembahan
kesenian?

3. Waktu bilakah acara kesenian selalu diadakan?

• Guru bertanya kepada murid tentang kesenian yang popular di Malaysia.

• Guru dan murid bersoal
jawab dengan murid
tentang perkara
tersebut .

• Guru mengaitkan
jawapan murid
dengan tajuk
pelajaran .


Strategi:

Soal jawab

Nilai:

Menghargai






Langkah 1

( 10 minit )


Sajak


• Guru memaparkan
pantun di layar putih.

• Guru membaca
pantun dan diikuti
oleh murid .

• Guru memilih beberapa
orang murid secara
rawak dan meminta
mereka untuk membaca
pantun tersebut .

• Guru membetulkan
kesilapan murid
sekiranya ada .




BBM:

Persembahan grafik
pantun
Komputer riba
LCD

Nilai:

Kerjasama
Berani

Langkah 2

( 20 minit )













Pantun
• Murid dibahagikan
kepada empat
kumpulan dan
dikehendaki
membincangkan isi-
isi penting
yang terdapat dalam
setiap rangkap pantun tersebut.

• Wakil bagi setiap
kumpulan diminta
ke hadapan kelas dan
membentangkan
hasil perbincangan.

• Guru dan murid bersoal
jawab tentang isi
perbincangan yang
diperolehi.

• Guru mengedarkan
lampiran pengurusan
grafik kepada murid –
murid .

• Murid – murid di minta
untuk mencatatkan isi
perbincangan di dalam
lampiran tersebut .


BBM:

Hamparan grafik
pantun
Pengurusan grafik

Strategi:

Perbincangan
Pembentangan

Nilai:

Kerjasama
Berani

Langkah 3

( 20 minit )
Pemulihan dan Pengayaan

Kata Adjektif


Terang

Gelap

Enak

Pahit

Lebat

Masam

Aman

Indah




• Guru mengedarkan
lampiran kerja kepada
murid – murid .

• Murid – murid
dikehendaki
menyenaraikan kata
adjektif yang terdapat
dalam setiap rangkap
pantun .



• Guru mencatatkan kata
adjektif yang telah
disenaraikan oleh murid
di papan tulis .

• Guru membahagikan
murid – murid kepada
dua kumpulan iaitu
kumpulan pengayaan
dan kumpulan
pemulihan.

• Guru meminta murid –
murid dari kumpulan
pengayaan untuk
membuat ayat majmuk
manakala kumpulan
pemulihan membuat
ayat tunggal berdasarkan
kata adjektif yang telah
dicatatkan di papan tulis .

BBM:

Hamparan grafik pantun
Lampiran kerja

Strategi:

Perbincangan
Pembentangan




Nilai:

Kerjasama
Berani

Penutup :

5 minit

Penutup kognatif :

Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi?

Penutup Sosial :

Apakah perasaan kamu setelah mempelajari tajuk hari ini?

• Murid-murid menyebut secara beramai-ramai kata adjektif yang telah dipelajari pada hari ini .

• Guru membuat
penutup kognatif dan sosial.

Kerja rumah :

Mengumpul gambar-gambar alat muzik tradisional dalam buku skrap.

Nilai Murni :

Menghargai




Refleksi / ulasan
Berdasarkan pemerhatian saya semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran , saya mendapati murid – murid sudah dapat membaca pantun dengan menggunakan intonansi dan nada suara yang betul . Murid – murid juga dapat mengenali beberapa jenis kebudayaan yang terdapat di Malaysia . Kebolehan murid - murid dari kumpulan pemulihan dalam menghasilkan ayat tunggal yang baik juga dapat dipertingkatkan .

4 comments:

zubizup said...

Turkish Underwearing desing
www.yoncatoptan.com
If you wisit me , I will be glad:)
:)
:):)
:):):)
:):):):
I hope you will be wonderfull TEACHER

[sutera kasih] said...

entri yg bagus..bg gambaran awal utk kpd sesiapa yg bakal jd cikgu hehe



1.FIRST INTERVIEW, AWAK DAH?
2.ASAL AWEK CUN JE, MATA KAU TAK KELIP!!
3.JOM JOIN PERADUAN GORES & MENANG BLOG MISA SAKURA

Anum said...

salam perkenalan
nice blog
follow me back
suka sgt blog kamu...
thanks

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Alhamdulillah... atas sokongan rakan blogger, cintabungablogspot is BACK to normal! Jom skodeng gambar untuk lepaskan rindu, heheheh :)